Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Serangan Ke Atas UMNO-PAS...

IPOH - Serangan bertubi-tubi ke atas kerjasama antara UMNO dan PAS menyebabkan munculnya...

Kejayaan Pembangunan Terletak Di...

KUCHING - Persepsi bahawa kejayaan pembangunan di kawasan terletak sepenuhnya di bahu wakil...

Berita Palsu Ancam Negara,...

BUKIT GANTANG - Berita palsu yang disebarkan menerusi Internet boleh meruntuhkan kehidupan individu...

FDA Lulus Ubat Kanser...

BENGALURU - Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer Inc. (Pfizer) berkata ubat bagi merawat...

Bayi Dibawa Dengan Helikopter Jalani Rawatan Di Hospital

TAWAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini melakukan perkhidmatan pemindahan perubatan dengan membawa seorang bayi perempuan berumur lima bulan dari Hospital Besar Tawau (HBT) ke Hospital Likas di Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima permohonaan daripada HBT pagi tadi untuk membawa bayi itu yang memerlukan pembedahan segera.

“Operasi tersebut berjalan lancar dan berjaya memindahkan bayi tersebut ke Hospital Likas yang satu-satunya hospital yang mempunyai pakar pembedahan kanak-kanak di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi berkenaan diketuai Komander Pesawat, Mohd Ruzaidi Ramlee dan Juruterbang Ahmad Fissol Ismail yang selesai pada pukul 3.20 petang. – BERNAMA

JBPM Bakal Terima 2 Buah Lagi Helikopter Dalam Tempoh 2-3 Tahun.

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori