Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gaji KM, 10 Exco...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini memutuskan gaji ketua menteri dan...

PKR Berpecah Kerana Jawatan...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap perpecahan dalam...

Rangka Bot Karam Ditemui...

KOTA KINABALU - Polis hari ini mengesahkan penemuan rangka bot jenis katamaran di...

Lirik Lagu Kemanusiaan, Mufti...

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Bayi Perlu RM160,000 Untuk Pembedahan Hati Di China

KOTA TINGGI – Muhammad Syaffiq Mohd. Saharuddin, bayi 8 bulan yang menghidap penyakit kegagalan hati memerlukan bantuan kira-kira RM160,000 untuk membolehkannya melakukan pembedahan hati di China.

Ibunya, Zuraitun Zakaria berkata Muhammad Syaffiq, anak kelimanya yang dilahirkan normal itu, dikesan menghidap penyakit tersebut semasa berusia 4 bulan.

Zuraitun, 34, berkata ketika itu Muhammad Syaffiq, yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Mas di sini, dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail Johor Baharu berikutan terdapat kesan kuman pada darahnya.

“Selepas itu, Muhammad Syaffiq dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru 3 hari kemudian bagi menjalani pembedahan segera.

“Bagaimanapun pembedahan itu gagal dan tidak boleh diteruskan berikutan doktor mengesahkan Muhammad Syaffiq menghidap penyakit ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Semenchu, di sini.

Zuriatun, berkata selain mempunyai kulit pucat dan matanya yang kekuningan, perut anaknya juga mengeras dan buncit.


Muhammad Syaffiq turut membesar seperti biasa di mana berat badannya kini adalah 7 kilogram berbanding berat badan ketika dilahirkan iaitu 3.01 kilogram.

“Bagaimanapun, doktor yang merawat Muhammad Syaffiq memberitahu itu adalah berat air yang berada dalam perutnya akibat kegagalan hati untuk berfungsi secara normal,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank 101075481127 atas nama Zuraitun Zakaria atau menghubunginya di talian 019-7043423. – BERNAMA

RTM: Gadai Harta Untuk Tampung Pembedahan Hati RM300,000 (17 Mei 2015)

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori