Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Amuk Di Kedai...

GARA-GARA gagal mendapatkan duit, lima lelaki mengamuk sehingga salah seorang daripada mereka memecahkan...

Bahana Tumbuk Bangla, Sharnaaz...

SIAPA tidak kenal dengan pelakon Juvana, Sharnaaz Ahmad yang begitu mantap dalam menjayakan...

Rosmah Hadiri Konsert Tahunan...

COLOMBO - Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, menjadi tetamu kehormat...

“Cakap Dengan Dinding Bolehlah”...

KUALA LUMPUR - Gara-gara terlalu taksub politik, pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) sanggup...

Bekas MB Selangor Abdul Khalid Dipelawa Sertai PAS

DUNGUN – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR tahun lalu, telah dipelawa oleh PAS untuk menyertai parti tersebut.

Bagaimanapun, katanya beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada banyak lagi perkara untuk diselesaikan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Pelabuhan Klang itu berpendapat berlaku ketidakadilan berhubung proses pemecatan keahliannya daripada PKR.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti menerusi pelan Langkah Kajang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 anjuran PAS Terengganu di Pulau Serai dekat sini malam tadi.


Turut hadir ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Khalid yang sebelum itu keluar daripada UMNO; dilucutkan keahlian PKR pada 9 Ogos 2014.

Pemecatan beliau ekoran enggan mengikut arahan parti menyerahkan jawatan ketua kerajaan Selangor itu kepada isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori