Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Serangan Masjid, Enam Maut...

KABUL : Enam maut selepas seorang lelaki bersenjata menyerang sebuah masjid di barat...

Pokemen Go Cetus Risiko...

PERMAINAN atas talian baharu Pokemon Go merupakan bentuk pemainan peranti pintar paling hangat...

Hanis Buat Peraduan Untuk...

LAZIMNYA majlis walimatul urus atau resepsi diadakan dengan menjemput tetamu bagi mendoakan dan...

Kanak-kanak Dipercayai Mengidap Penyakit...

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dimasukkan ke Hospital Melaka pada Rabu lepas...

Bekas Penghantar Surat Didenda RM2,200 Kerana Cederakan Isteri

KUALA LUMPUR – Seorang bekas penghantar surat didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya minggu lepas.

P. Tiruchelvam, 27, didakwa mencederakan isterinya N. Kogilavani, 30, dengan menumbuk kepala dan tangan kirinya serta menarik rambutnya di rumah mereka, di PPR Desa Rejang, Setapak di sini pada 7.30 pagi, 28 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan Tiruchelvam dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.


Ketika rayuan, peguam Nasiruddin Nasir yang mewakili Tiruchelvam, merayu supaya anak guamnya diberikan peluang kedua kerana ini kesalahan pertama tertuduh dan pergaduhan berpunca disebabkan dia gagal mendapatkan pekerjaan.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya memandangkan jenayah keganasan rumah tangga semakin menjadi-jadi kini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori