Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PBB Jangka Wilmar Terus...

KUALA LUMPUR - PPB Group Bhd menjangka sumbangan daripada firma berasaskan pertanian, Wilmar...

Denda Minimum RM549 Jika...

LONDON - Golongan gelandangan atau individu yang didapati tidur di jalanan di beberapa...

Suami Romantis Hadiahkan ‘Lautan’...

INI Toshiyuki Kuroki dan Yasuko Kuroki. Dahulunya mereka bekerja sebagai peladang tenusu di daerah...

Lelaki Dikehendaki Polis Kes...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki berusia 25 tahun yang dikehendaki kerana kes dadah,...

Berdepan UAE Bukan Satu Tugas Mudah – Dollah Salleh

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh menyifatkan pertemuan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan malam ini bukan satu tugas mudah.

Beliau berkata UAE merupakan antara pasukan terbaik di benua Asia, namun Malaysia belum bersedia menyerah kalah sambil turut mengintai kutipan satu mata untuk dibawa pulang dari tempat lawan.

Malaysia berdepan UAE pada aksi ketiga kumpulan A pusingan kelayakan itu di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi pada 7.15 malam waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia), esok.

“Selepas tewas 6-0 kepada Palestin pada perlawanan (pusingan kelayakan) terdahulu, saya yakin pemain mahu memandang ke hadapan untuk memberikan persembahan terbaik pada perlawanan menentang UAE esok. Insya-Allah.” jelas Dollah yang dipetik sebagai berkata menerusi laman sesawang www.fam.org.my.

Beliau mengakui kepincangan jentera serangan skuad Harimau Malaya ketika terikat seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan menentang Bangladesh di Stadium Shah Alam, Sabtu lepas turut merencatkan persediaan pasukan bagi menghadapi aksi getir menentang UAE.

Dalam pada itu, kapten skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim menggesa rakan sepasukan untuk memberi persembahan terbaik.


“Sasaran kami ialah untuk mendapatkan mata dan memastikan satu keputusan positif dapat dibawa balik dari Abu Dhabi.

“Jadi saya rasa kami mampu untuk berikan sepenuh komitmen, tumpuan, disiplin dan mengikut arahan serta taktikal jurulatih. Yang paling penting, disiplin dalam permainan,” jelas perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim itu.

Sementara itu, jurulatih UAE, Mahdi Ali berkata beliau tidak menganggap perlawanan bertemu Malaysia sebagai mudah atau sukar.

“Tiada apa yang mustahil apabila kita dapat lihat semua pasukan negara Asia sudah meningkat sejak tiga atau empat tahun kebelakangan ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori