Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

Palestin Pelawa Pelabur Malaysia...

PETALING JAYA - Palestin mempelawa firma Malaysia untuk menyertai usaha pembangunan negara itu...

DAP Tetapkan PM Seterusnya...

KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR, Dr....

Siti Bainun Paksa Bella...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa dagu remaja...

Lebih 100 Korban Serangan...

DAMSYIK - Jumlah kematian akibat serangan udara tentera Syria terhadap sebuah pasar di...

Bersiar Santai Dengan Buaya Peliharaan Di Pusat Bandar

BEIJING — Jika seseorang membawa anjing peliharaannya bersiar-siar menikmati suasana kota, itu mungkin sudah menjadi hal biasa, namun, bagaimana jika anda melihat seseorang berjalan-jalan bersama seekor buaya?

Itulah yang dilakukan seorang lelaki China berasal dari wilayah Liaoning yang sejak kebelakangan ini menjadi sensasi setelah dirakamkan kamera membawa buaya peliharaannya bersiar-siar santai di pusat bandar raya.

Pemelihara reptilia tersebut dilihat selamba berjalan-jalan di salah satu sudut bandar Benxi pada akhir Ogos lalu sambil membiarkan sahaja buaya kecil peliharaannya itu merayap bebas di samping dirinya.

crocodile-free.jpg

Meskipun membiarkan buaya peliharaannya bergerak secara bebas, lelaki itu masih mengikat muncung mulut si buaya. Tampaknya, dia tidak ingin si buaya memberinya masalah dengan menggigit seseorang.

Foto-foto lelaki itu pantas tersebar luas menerusi media sosial tempatan Weibo yang menunjukkan orang ramai dilihat amat tertarik sambil cuba mengelilingi buaya sepanjang lebih kurang satu meter itu.

Salah satu foto menunjukkan lelaki itu membalikkan tubuh reptila tersebut dan menggeletek perutnya, seperti biasa dilakukan pemilik anjing; malah dia memberi buayanya kepada seorang budak kecil untuk ditimang-timang.


crocodile-free4.jpg

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu yang tidak dikenali identitinya sudah memelihara si buaya selama dua tahun, dan sesekali memang pernah membawa haiwan peliharaannya itu berjalan ‘makan angin’ di pusat bandar.

Bagaimanapun menurut undang-undang ketat China, memelihara buaya adalah perbuatan salah dan melanggar peraturan hidupan liar yang ditetapkan pemerintah serta boleh didakwa kerana memiliki barang larangan.

Tahun lalu, negara itu digemparkan dengan berita seorang lelaki pemberi makanan kepada harimau di sebuah zoo di Henan bertindak membawa seekor mamalia itu bersiar-siar di bandar berkenaan. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori