Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Umum Paras Kemiskinan...

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengumumkan paras kemiskinan baharu menjelang awal tahun depan...

Gorila ‘Hensem’ Berjaya Pikat...

SEEKOR gorila jantan yang tinggal di Zoo Higasyiyama dan Taman Botanical di Nagoya,...

Malaysia Mungkin Bida Anjur...

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan bersedia mengkaji semula rancangan membida penganjuran temasya...

Peragaan Separuh B0gel Insiden...

SHAH ALAM - Peragaan separuh bogel sempena Tatoo Malaysia Expo 2019 di Pusat...

Bersih 4.0: Guan Eng Bakal Saman Utusan Lagi

AKHBAR harian tempatan, Utusan Malaysia sekali lagi mengundang kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung artikel muka depan bertajuk ‘Malulah Kamu!‘.

unnamed (4)

Berikutan itu, Guan Eng memutuskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut kerana mengaitkan dirinya dengan penganjuran perhimpunan haram Bersih 4.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

“Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini (Rabu) memburukkan nama saya. Akhbar itu mahu mencari masalah dengan saya lagi.

“Kali ini dah keterlaluan kerana saya bukan penganjur himpunan,” kata dalam satu sidang media di Komtar di George Town pada Rabu.

Artikel bertajuk ‘Malulah Kamu!‘ yang menjadi muka depan hari ini memaparkan gambar Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Bersih yang lain.

Turut terlibat ialah pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi bersama Datuk S. Ambiga serta Ketua Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu.


Menerusi artikel tersebut, akhbar berkenaan mencadangkan bahawa himpunan itu adalah satu gerakan untuk menggalakkan nilai-nilai anti-nasional.

Perhimpunan haram yang berlangsung selama 34 jam  pada Sabtu dan Ahad lalu adalah hasil gabungan pelbagai NGO dan puak pembangkang yang mahu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP turut hadir dalam perhimpunan itu dan menyampaikan ucapan bersama-sama pemimpin pembangkang yang lain.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori