Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Individu Dakwa Penempatan Baharu...

SIBU - Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapa’ee mencabar...

Kisah Sedih Pak Cik...

IBARAT selagi dia masih bernafas, selagi itu dia berusaha memerah keringat yang ada.Berusia...

Hasrat Miliki Van Musnah...

KUANTAN - Impian seorang juruteknik untuk memiliki sebuah van musnah selepas ditipu dalam...

Bekas Atlet Baling Tukul...

KUALA LUMPUR - Bekas atlet baling tukul besi negara, Semret Singh meninggal dunia...

Bidang Tugas JPAM Diperluaskan – Shahidan

KANGAR – Peranan dan tanggungjawab Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diperluaskan sebagai pusat sehenti bagi menyelesaikan masalah-masalah di peringkat komuniti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bidang tugas JPAM tidak lagi tertumpu kepada soal bencana semata-mata kerana malapetaka tidak berlaku sepanjang masa.

“Sementara bencana seperti banjir tidak berlaku, anggota JPAM boleh menyelesaikan masalah komuniti agar orang seronok dengan JPAM,” katanya selepas merasmikan penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT) peringkat negeri Perlis di sini, hari ini.

Shahidan berkata bidang tugas komuniti membolehkan anggota JPAM membantu membawa penduduk menemui agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal untuk memohon bantuan.


Pada majlis itu, beliau menyampaikan watikah pelantikan dan pangkat Kolonel, Lt-Kolonel dan Kapten Bersekutu CERT kepada wakil-wakil rakyat serta pemimpin masyarakat yang mewakili 386 komuniti di Perlis.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Selamat Dahlan turut hadir. – BERNAMA

https://youtu.be/l8hIXmaQyfg

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori