Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Pengasas Sindiket...

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan pengasas sindiket skim pelaburan JJ Poor To...

Najib Dedah PH Guna...

REMBAU - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kini giliran...

Germanwings: Co-Pilot Didapati Kaji...

BERDASARKAN analisis yang dijalankan pasukan penyiasat terhadap komputer milik pembantu juruterbang Germanwings, Andreas...

Jaguh Ski Air Singapura...

PUTRAJAYA – Peningkatan ketara prestasi ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah baru-baru...

Bom Bangkok: Tiga Lagi Waran Tangkap

BANGKOK – Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga orang lagi berkaitan serangan bom di Bangkok bulan lalu, selepas menahan dua lelaki dipercayai dari Turki dan menggeledah dua apartmen di Bangkok hujung minggu lalu.

Jurucakap polis Thailand, Prawut Thavornsiri tidak dapat memberikan ejaan nama dua lelaki dalam waran tangkap terbaru itu manakala yang ketiga tidak diketahui namanya tetapi berasal dari Turki.

Sebelum ini, polis Thailand mengeluarkan dua waran tangkap iaitu seorang wanita Thailand dan seorang lelaki selepas menggeledah apartmen dan menemui bahan membuat bom. Saudara-mara wanita itu memberitahu wanita yang menyewa apartmen berkenaan berkahwin dengan lelaki Turki dan kini berada di negara itu serta menegaskan dia tidak bersalah.

Polis menggeledah apartmen itu selepas menahan seorang lelaki yang memegang pasport Turki tetapi kemudian disahkan palsu. Polis yang memeriksa apartmennya merampas 200 pasport dengan 11 pasport Turki, peralatan membuat bom termasuk peletup, bebola besi dan paip besi.


Semalam, polis Thailand menahan lelaki dipercayai suspek utama di sempadan negara itu dengan Kemboja dan menurut Timbalan Ketua Polis Thailand, Chakthip Chaijinda, soal siasat terhadapnya terpaksa dilakukan menggunakan penterjemah dari Kedutaan Turki.

Menurut Prawut, cap jari lelaki itu ditemui pada bahan membuat bom yang ditemui dalam apartmen kedua tetapi lelaki berkenaan menafikan dia ada kaitan dengan serangan bom berkenaan walaupun berada di kawasan berdekatan ketika letupan.

“Memang biasa suspek menafikan pembabitan. Dia mungkin orang yang membawa bom keluar dari apartmen ke tempat kejadian,” katanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori