Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hafarizam Tak Mengaku Terima...

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun...

Warisan Merdeka ‘PNB118’ Manifestasi...

KUALA LUMPUR - "Projek Warisan Merdeka bakal menjadi satu simbol kebangsaan dan manifestasi...

“Ancaman Terhadap Islam Masih...

PERHIMPUNAN menentang hasrat kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) meratifikasi konvensyen ICERD yang dirancang...

Belanjawan 2023: Dana RM388.1...

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion ringgit untuk belanja...

Bomba Tambah 42 Anggota Dengan Pasukan MUST, Cari 7 Anak Orang Asli

GUA MUSANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan hari ini memperhebat operasi mencari tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi dengan menambah khidmat 42 anggota MUST (Multi Skill Team) jabatan itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Nurizawan Basri berkata anggota berkenaan didatangkan dari Perak (12 anggota), dan masing-masing 10 anggota dari Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Selain itu, Unit Udara JBPM yang berpangkalan di Subang, Selangor turut menambah sebuah lagi helikopter dan empat anggota untuk menyertai gerakan mencari mangsa.

Kita akan membantu dalam gerakan mencari mangsa yang hilang secara besar-besaran bersama agensi lain termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di khemah operasi di Pos Tohoi di sini, hari ini.


Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan hilang selepas bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Tujuh murid itu ialah Mirsudiar Alui, 11, Noreen Yaacob, 10, Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori