Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Indonesia Bakal Potong Subsidi...

JAKARTA: Berikutan kos haji yang meningkat pada tahun ini, kerajaan Indonesia dilaporkan bakal...

Que Haidar ‘Dikecam’ Sebab...

SUDAH lama tidak mendengar perkembangan terbaharu aktor Que Haidar selepas dia menyepikan diri...

Mayat Warga Vietnam Lemas...

MIRI - Mayat warga Vietnam yang mati lemas di sungai Kemena, Bintulu ditemukan...

Dimaki Isteri Amy Search...

BARU-BARU ini, pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad telah membuat laporan polis akibat...

Bot Karam: 14 Mayat Dihantar Ke HRPB Untuk Bedah Siasat

IPOH – Sebanyak 14 mayat dipercayai warga Indonesia yang disahkan lemas dalam kejadian bot karam di perairan Sabak Bernam, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua mangsa bot karam itu dibawa dari Balai Polis Hutan Melintang kira-kira 6.30 petang tadi dengan kenderaan polis.

“Mayat 13 wanita dan seorang lelaki akan menjalani proses bedah siasat pagi esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan proses pengecaman mayat akan dilakukan dan saya rasa lebih ramai waris mangsa akan datang untuk menuntut mayat.

“Mangsa yang terselamat setakat ini adalah sebanyak 19 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin dan mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Hutan Melintang untuk siasatan.

“Bagaimanapun, seorang mangsa wanita menerima rawatan di Hospital Teluk Intan,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik HRPB di sini malam ini.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata wakil Kedutaan Indonesia telah melakukan lawatan ke pusat operasi di Jeti Sungai Sumun, Hutan Melintang petang tadi.


Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya tidak akan memberi akses sepenuhnya kepada wakil berkenaan kerana siasatan terperinci mengenai kejadian itu masih dijalankan.

Sebanyak 14 orang dipercayai warga Indonesia setakat ini ditemui mati lemas manakala 15 lagi terselamat selepas sebuah bot membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada Khamis pagi.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju ke Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori