NAMPAK gayanya hati anak sulung pemain bola popular, David Beckham sudah dimiliki oleh seorang pelakon dari Perancis.
Menurut laporan antarabangsa, Brooklyn Beckham, 16, kini sedang berpacaran dengan seorang pelakon, Sonia Ben Ammar.

Brooklyn dan Sonia dilaporkan bertemu ketika cuti musim bunga awal tahun ini di Maldives.
Gadis berambut brunette itu dikatakan tinggal di Eropah namun berkunjung ke Los Angeles untuk menghabiskan waktu musim panas bersama Brooklyn.
Baru-baru ini, Brooklyn juga pernah memuat naik gambar Sonia di Instagramnya yang menimbulkan pelbagai persoalan peminatnya.
https://instagram.com/p/7VOhFxxbOL/?taken-by=brooklynbeckham
Walau bagaimanapun, mereka dikatakan lebih gemar merahsiakan hubungan ini.
Sebelum ini Brooklyn pernah dikaitkan dengan pelakon remaja terkenal, Chloe Grace Moretz namun ia hanyalah khabar angin. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=tf7Z4u5xQwI