SEPASANG kekasih yang sanggup meninggalkan pekerjaan yang memberikan pendapatan lumayan semata-mata untuk mengembara ke seluruh dunia, kini terpaksa bekerja sebagai pencuci tandas untuk menampung hidup.
Chanel Cartell dan Stevo Dirnberger meninggalkan negara mereka, Afrika Selatan, enam bulan lalu untuk mengembara.
Dalam tempoh berkenaan mereka memuat naik gambar di dalam Instagram yang menunjukkan betapa mereka menikmati kehidupan.
Namun keadaan sebenar tidak seperti yang digambarkan dalam media sosial itu malah keadaan adalah sebaliknya.
“Setakat ini kami telah mencuci 135 tandas dan membuang 250 kilogram najis lembu, mengemas 57 katil dan banyak kerja lain termasuk membersihkan gelas-gelas wain.
“Ia adalah pekerjaan yang memenatkan serta kotor,’’ demikian tulisan pasangan itu dalam blog mereka How Far From Home.
Menurut pasangan itu, mereka terpaksa makan biskut kering dan jem kerana itu sahaja makanan murah yang boleh mereka beli.
“Perbelanjaan kami amat ketat dan kami terpaksa menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan banyak masalah kami.
“Jadi jangan biarkan gambar kami menipu anda.Saya bukannya kuat dan sihat.
Kami makan biskut kering sepanjang masa dan hanya tidur lima jam sehari dan terpaksa mengheret beg kami setiap malam pada pukul 1 pagi untuk mencari tempat tinggal kerana tambang bas tidak termasuk dalam senarai perbelanjaan kami,’’ kata Chanel. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=gIA5pNSOKLw