Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Makanan Basi Di R&R:...

SUSULAN aduan seorang lelaki dakwa makanan yang dibelinya di kawasan rehat dan rawat...

Beri Ingatan Mengenai Pelaburan...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati...

Skuad Hoki Wanita Negara...

KUALA LUMPUR - Pasukan hoki wanita negara berakhir di kedudukan tercorot tempat ke-10 pada pusingan Separuh Akhir Liga...

Penerangan TPPA Diperluaskan Kepada...

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan memperluaskan penerangan mengenai Perjanjian...

Bukan Ultras Malaya Malukan Malaysia – TMJ

KUALA LUMPUR – Bukan kumpulan Ultras Malaya yang memalukan bola sepak Malaysia, sebaliknya barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, FAM yang mencemarkan imej negara selama 31 tahun, bukan Ultras Malaya yang membaling suar ke padang Stadium Shah Alam baru-baru ini.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan tindakan penyokong (Ultras Malaya) tetapi saya faham ketidakpuasan hati mereka kerana badan induk pentadbir bola sepak negara tidak serius dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak Malaysia.

“Ini adalah kerana, masalah utama FAM adalah ia ditadbir oleh mereka yang tidak berpengetahuan berkenaan bola sepak dan hanya memegang jawatan untuk kepentingan peribadi,” tegas baginda seperti dilaporkan laman Facebook Johor Southern Tigers di sini semalam.

Tunku Ismail dalam pada itu menegur wartawan-wartawan sukan supaya tidak lagi mengampu FAM hingga sanggup melabelkan Ultras Malaya sebagai perosak bola sepak tanah air.

Katanya, wartawan sukan perlu mengakui FAM adalah punca bola sepak tanah air rosak walaupun mereka mereka diberi tambang penerbangan percuma dan wang saku oleh FAM dalam membuat liputan pasukan Malaysia di luar negara.


Kumpulan penyokong tegar Harimau Malaya bertindak membaling suar ke dalam padang di Stadium Shah Alam dan menyanyikan lagu `FAM Bangsat’ baru-baru ini sebagai tanda protes ke atas pimpinan badan induk bola Malaysia tersebut.

Tindakan itu menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa memberhentikan pertembungan di antara Malaysia dan Arab Saudi.

Ultras Malaya dipercayai berbuat demikian bagi mendesak supaya pimpinan FAM meletakkan jawatan kerana didakwa merosakkan bola sepak Malaysia sejak 31 tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/f_UuOD86vjk

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori