Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak 5 Tahun Berkawan...

KITA biasa mendengar manusia memilih untuk menyayangi kucing, anjing dan arnab. Tetapi bagaimana...

‘Bob Pisau’ Dipenjara 3...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas banduan yang beberapa kali merengkok di dalam penjara...

Banjir Di Melaka Beransur...

MELAKA - Situasi banjir di Melaka beransur pulih dengan hanya tinggal 49 mangsa...

Golongan Muda Diseru Sertai...

SERI ISKANDAR - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib hari...

Bunyi Letupan Kejutkan Suami Isteri Dari Kebakaran

KUALA LUMPUR – Bunyi letupan dari luar rumah mereka telah menyelamatkan sepasang suami isteri daripada menjadi mangsa kebakaran yang melibatkan lapan buah bengkel di Jalan Antai Kanan 4, Kepong Baru di sini.

Pemilik kedai membuat kimpalan pagar, P. Thanagopal, 45, berkata beliau hanya menyedari mengenai kebakaran itu apabila terdengar bunyi letupan seakan mercun dari luar rumahnya kira-kira pukul 5.45 pagi tadi.

“Saya terkejut dengar bunyi letupan itu dan segera keluar rumah lalu melihat api yang sedang marak pada zink sebuah bengkel kereta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Thanagopal yang menetap di kawasan itu sejak 15 tahun lepas berkata beliau dan isterinya lalu segera menyelamatkan diri tanpa sempat membawa barangan mereka kecuali motosikalnya.

“Apa lagi mahu buat, benda sudah jadi, yang penting keluarga saya selamat,” katanya.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Noor Azhar Tajudin berkata lapan buah kereta dan dua motosikal hangus dalam kebakaran itu.

“Bomba terpaksa menggunakan paip sambungan untuk mendapatkan air di sungai yang agak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori