BEKAS bintang atlet Olimpik, Bruce Jenner yang kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner secara rasminya sudah sah membuat penukaran nama dan jantinanya.
Menurut laporan media tempatan, hakim telah meluluskan permohonan bapa tiri kepada Kim Kardashian itu untuk menukar nama dan jantinanya seminggu selepas dia menghantar dokumen tersebut kepada mahkamah.
Antara alasan yang tertulis dalam dokumen tersebut adalah untuk menyelaraskan atau menyesuaikan nama dengan identiti baharunya itu kelak.
[CAITLYN JENNER TERASA DIRI ANGGUN, TAPI ‘SPOIL’ DEK SUARA LELAKI]
Caitlyn bakal memiliki sijil kelahiran dengan butir-butir peribadi yang baru dengan namanya ditukar daripada William Bruce Jenner kepada Caitlyn Marie Jenner.
Awal Jun lalu, Caitlyn telah membuat penampilan pertamanya sebagai wanita yang mensensasikan dunia hiburan tempatan dan luar negara.
Baca: Ayah Kim Kardashian, Lelaki Terkuat Olimpik 1976 Kini Wanita
Keputusannya untuk tranformasi kepada wanita itu mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Kini, Caitlyn kelihatan selesa dengan imej terbaharunya dan tampak berkeyakinan dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang wanita. – Agensi/MYNEWSHUB.CC