Beijing – Pihak berkuasa China semalam menama dan memalukan empat rakyatnya berhubung kejadian di lapangan terbang di Bangkok selepas mereka menyuarakan kekecewaan dengan menyanyikan lagu kebangsaan negara itu.
Keempat-empat pelancong itu bertindak demikian selepas penerbangan pulang mereka tertangguh selama lapan jam sehingga jam 3 pagi.
Apabila pesawat itu tiba, mereka enggan menaikinya kecuali mereka dibayar ganti rugi.
Keempat-empat pelancong itu kemudian menyanyikan lagu kebangsaan China sambil menjerit dan mencetuskan kekacauan di balai berlepas.
Agensi itu semalam memasukkan keempat-empat pelancong itu ke dalam senarai ‘tingkah laku biadab.’
“Mereka menghasut pelancong lain supaya mencetuskan kekacauan di lapangan terbang, bercakap dan bertindak tidak senonoh, memalukan pelancong China di luar negara,†menurut kenyataan yang dikeluarkan pentadbiran itu. – Agensi/myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=bOEOsUlUf7o