SEBELUM ini satu rakaman video menunjukkan seorang jurugambar wanita Hungary menahan dengan kaki seorang pelarian Syria yang mendukung anaknya sampai terjatuh telah mencetuskan viral dan mendapat perhatian ramai.
Video: Jurukamera Wanita Biadap, Tendang Pelarian Syria
Salah seorangnya adalah pemain bola tersohor dunia, Cristiano Ronaldo yang bertindak membawa bersamanya budak lelaki yang terjatuh dalam insiden berkenaan ketika Real Madrid bermain menentang Granada, semalam.
Tidak hanya membawa kanak-kanak tersebut, Ronaldo dan pasukannya turut mengenakan baju-t yang menuntut pembelaan nasib ribuan pelarian Syria yang kini melarikan diri ke Eropah bagi mendapat perlindungan daripada peperangan.
Dalam video yang dikritik masyarakat dunia seterusnya membuatkan jurugambar terlibat dibuang kerja, Osama Abdul Mohsen sedang mendukung anaknya, Zaid apabila kakinya dipintas hingga terjatuh.
Ketika perlawanan semalam, Abdul turut membawa seorang lagi anak lelakinya, Mohammad selepas dijemput oleh Real Madrid.
Zaid yang kelihatan amat gembira, dibawa masuk ke padang oleh Ronaldo sebelum sepak mula dan kelibat mereka disambut tepukan gemuruh daripada penonton.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan Real Madrid 1-0 ke atas Granada.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=EdC3f5H3TbI
Oleh: Rem Ramzi