Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Semoga Dia Dirahmati, Kata...

SEMALAM dalam satu laman gosip, kecoh memperkatakan adaƃā€šĆ‚Ā seorang aktres yang dikatakan menghasut seorang...

Garis Panduan Pakaian Pekerja...

SITIAWAN - Perbincangan bagi memperkenalkan garis panduan berpakaian untuk pekerja wanita kini dalam...

Mayat Lelaki Ditemui Lemas...

IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika sedang...

Baru Tahu… Kos Urus...

TERGAMAM kami melihat butiran harga yang dikenakan pihak pengurusan sebuah masjid bagi urusan...

Cuaca Berjerebu Dijangka Berterusan Hingga Hujung Sept.

KUALA LUMPUR – Situasi cuaca berjerebu dijangka terus melanda beberapa kawasan bagi tempoh tertentu memandangkan Malaysia mengalami cuaca kering akibat Monsun Barat Daya sehingga hujung September 2015.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau berkata, tiupan angin Barat Daya akan membawa asap dari tempat-tempat yang mengalami kebakaran di Sumatera dan Kalimantan ke Malaysia.

“Berdasarkan cerapan satelit semalam, 11 September 2015, terdapat 304 titik panas dikesan di Sumatera, Kalimantan (25) dan Semenanjung Malaysia (1).

“Peningkatan bilangan titik panas di Sumatera dan Kalimantan dan keadaan cuaca yang agak kering pada tempoh beberapa hari yang lepas telah mengakibatkan berlakunya keadaan berjerebu yang agak teruk di Sarawak dan beberapa negeri lain di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Madius berkata, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran jarak penglihatan yang rendah di perairan Selat Melaka, Sarawak, Labuan dan barat Sabah bagi memaklumkan supaya kapal-kapal yang tidak mempunyai peralatan navigasi agar berhati-hati apabila melalui kawasan-kawasan tersebut.


Katanya, selaras dengan Peraturan Tetap Operasi (PTO) dalam Plan Tindakan Jerebu Kebangsaan, MetMalaysia dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia telah bersiap sedia untuk melaksanakan operasi pembenihan awan jika nilai Indek Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat (IPU melebihi 101) untuk tempoh 72 jam secara berterusan dan keadaan atmosfera dan awan adalah sesuai.

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensinya, MetMalaysia, akan sentiasa memantau keadaan terkini. Sebarang perkembangan mengenai keadaan cuaca ini akan dimaklumkan kepada pihak berwajib demi kepentingan orang ramai.

“Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline1-300-22-1MET<tel:1-300-22-1638> atau melawati laman sesawang MetMalaysia, www.met.gov.my dan media sosial MetMalaysia, facebook dan twitter, malaysianmet,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori