Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

BNM Jangka Ekonomi Kekal...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh...

4 Gelandangan Positif COVID-19

KUALA LUMPUR - Empat gelandangan didapati positif COVID-19 manakala 14 lagi mempunyai gejala...

Pengawal Pantai Itali Selamatkan...

ROME - Pengawal pantai Itali telah menyelamatkan 1,271 pendatang yang menaiki bot diperbuat...

Jurunikah Rebah Ketika Baca...

KLUANG - Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Kluang meninggal dunia...

Curi Beg Sandang, Juruteknik Pendingin Hawa Dipenjara, Denda

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri sebuah beg sandang di pasar raya, seorang juruteknik pendingin hawa dihukum penjara empat hari dan denda RM650 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Awang Masri Ag Sulaiman, 35, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah beg sandang berharga RM399.90, milik Pasaraya Aeon di Mid Valley Mega Mall, Brickfields, di sini, tiga hari lalu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 20 hari sekiranya gagal membayar denda.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pasar raya tersebut pada pukul 6.30 petang, 30 Ogos lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.


Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung empat orang anak yang masih bersekolah, isteri yang baru bersalin dan ibu yang tidak sihat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori