Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir: Sektor Pertanian Terengganu...

KUALA TERENGGANU: Sektor pertanian negeri kerugian lebih RM10 juta akibat banjir besar yang...

Datin Cederakan Pembantu Rumah...

SHAH ALAM - Bon berkelakuan baik, hukuman bagi 'Datin' yang mencederakan pembantu rumahnya...

Muhyiddin Hargai Belia Bantu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada golongan...

Kereta Kalis Peluru Telan...

BEBERAPA insiden tembakan di negara ini yang kebanyakannya membawa maut dan dipercayai dilakukan...

DAP ‘Marah’ Perhimpunan Di Petaling Street

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dipersalahkan jika para peniaga Cina di Petaling Street di sini membuat keputusan menutup perniagaan mereka esok.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, tindakan peniaga terbabit menutup kedai bukti PDRM gagal menegakkan undang-undang dan mengawal keamanan dalam negara.

“Mengapa Menteri Dalam Negeri berdiam diri dalam kes yang mengancam ketenteraman awam dan menggugat kesejahteraan kaum hingga menyebabkan peniaga Petaling Street membuat keputusan untuk menutup kedai esok,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), Datuk Jamal Md Yunos semalam memberi amaran `satu lagi kekecohan’ di Petaling Street mungkin berlaku esok jika tuntutan oleh kumpulan baju merah Melayu tidak dipenuhi.


Antara tuntutan kumpulan itu supaya pihak berkuasa bertindak terhadap penjualan barang-barang tiruan secara berleluasa di Petaling Street dan kaum Cina berhenti daripada memonopoli kawasan itu.

Beliau berkata jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan, satu lagi perhimpunan akan dibuat oleh kumpulan baju merah Melayu di situ. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori