Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Harga EVisa India Untuk...

MENINGKAT!... Rakyat Malaysia yang mahu melancong ke India dengan menggunakan visa pelancong mungkin...

Pekerjaan ‘Lenyap’ Seiring Perkembangan...

PERKEMBANGAN teknologi yang semakin canggih, ternyata bukan sahaja memberi kesan kepada gaya hidup...

Graduan Anak Sarawak Patut...

KUCHING – Seorang penyokong kerajaan mahu supaya graduan bidang agama kelahiran Sarawak diberi...

TRX Tidak Perlu Diselamat...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, projek Tun Razak...

DAP Sudah Tidak Sabar Mahu Perintah Johor!

KUALA LUMPUR – DAP menggesa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) supaya segera mengadakan mesyuarat bersama bagi menyusun strategi menawan negeri Johor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tanpa menyenaraikan PAS dalam kerjasama itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, perkara itu tidak boleh dilengahkan kerana Johor sudah hampir diperintah oleh parti pembangkang terutama DAP dalam PRU14.

“Lapan tahun lalu tiada siapa terfikir politik di Johor yang sekian lama dikuasai UMNO akan berubah.

“Perkara yang tidak terfikir itu berlaku pada PRU lalu. UMNO/Barisan Nasional (BN) tewas 18 kerusi di Johor. Malah empat kerusi Parlimen di Johor dimenangi DAP dan satu kepada PKR,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Sehubungan itu, Kit Siang gembira kerana PAN Johor yang bakal menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam gabungan pembangkang ditubuhkan malam tadi.


Menurutnya, penubuhan PAN Johor merupakan langkah pertama unutk membolehkan pembangkang terutama DAP merampas Johor daripada UMNO.

“Ini langkah awal untuk memastikan Malaysia melaksanakan sosio ekonomi yang adil untuk semua.

“Syarat awal untuk menawan Putrajaya adalah dengan menawan Nusajaya,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori