Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bapa Mangsa Lemas Kesal,...

JOHOR BAHRU - Hamran Ali, bapa kepada salah seorang mangsa lemas di kolam...

Pegawai SPRM Pula Ditangkap...

LAZIMNYA, media tempatan sering memaparkan anggota atau pegawai polis ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan...

Kakak Siti Nurhaliza Tamatkan...

KAKAK kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Saida, sah bergelar isteri buat kali kedua...

Chun Yong Puji Persembahan...

KUALA LUMPUR - Jurulatih negara, Chiew Chun Yong memuji persembahan anak buahnya dalam...

Dewan Diraja Selangor Nafi Raja Muda Menukar Agama

SHAH ALAM – Dewan Diraja Selangor pada Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah menukar agama.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata kenyataan tidak bertanggungjawab yang dimuat naik di akaun laman sosial bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik baru-baru ini adalah satu fitnah dan tohmahan semata-mata.

Beliau berkata kenyataan Abdul Rahim yang mengatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan bertemu Pope (Ketua Gereja Roman Katolik) di Vatican City juga adalah satu pembohongan yang tidak sepatutnya dikeluarkan ahli politik itu.

Hanafisah menyifatkan tindakan Abdul Rahim sebagai berniat jahat dan sengaja dilakukan bagi mencemar dan mempersoal akidah Tengku Amir malah beliau secara langsung mendakwa kononnya baginda telah murtad.

“Dewan Di­raja Selangor berpendapat dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur­-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

24937-1260635348-2-l

Menurut Hanafisah, pihak istana turut kesal dengan sikap Abdul Rahim yang langsung tidak menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat berhubung perkara berkenaan sebelum mengeluarkan pendapat dan komen beliau mengenainya.

“Adalah amat mudah bagi beliau (Abdul Rahim) untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai sifat bertanggungjawab,” katanya.


Tambahnya, dakwaan mengenai isu sama juga pernah tersebar tahun lepas dan telah dinafikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar setelah pihak istana membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan.

Hanafisah berkata akibat daripada status laman sosial Abdul Rahim itu, rakyat terutamanya yang beragama Islam turut mengeluarkan komen-komen berunsur marah dan benci malah ada yang mencaci Tengku Amir dan Sultan Selangor.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Diraja Selangor menyeru Abdul Rahim menghentikan serta merta tindakannya dalam menyebarkan berita palsu dan pembohongan berkenaan.

Dalam pada itu, Hanafisah memaklumkan bahawa Tengku Amir kini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dan akan ditauliahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekembalinya baginda kelak.

Sementara itu, Abdul Rahim menerusi akaun laman sosialnya itu telah memohon maaf berhubung dakwaan tersebut dengan mengakui maklumat mengenai perkara yang ditulisnya tidak dapat disahkan sumbernya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori