MALANG sekali, hanya kerana salah faham seorang lelaki berusia 22 tahun yang tidak bersalah terpaksa bertarung nyawa selepas ditikam individu yang menyangka dia seorang pencuri.
Kejadian yang berlaku 31 Ogos lalu di Kuantan berpunca daripada tindakan mangsa mengambil kunci yang ditinggalkan pada sebuah motosikal dengan niat baik iaitu mengelakkannya dicuri orang selepas menyangka tuan punya motosikal terlupa.
BACA :
Zakar Mumia Firaun Tutankhamun Tegang Ereksi
Namun apa yang berlaku, pemilik motosikal tersebut bertindak menikam Tengku Shafiq Tengku Adam Azli, 21, kerana menyangka dia mahu mencuri.
Difahamkan, pemilik motosikal berkenaan sememangnya sengaja meninggalkan kunci pada motosikal berkenaan kononnya bagi memerangkap individu yang mencuri motosikalnya di tempat sama sehari sebelum kejadian.
Sebaik melihat mangsa dia menyangka itulah pencuri motosikalnya lalu bertindak menikam dari belakang sebelum melarikan diri.
Tikaman itu membuatkan paru-paru mangsa terkoyak dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Suspek bagaimanapun menyerah diri di IPD Kuantan sejam selepas kejadian.
Apa yang menyayat hati mangsa yang juga merupakan bilal masjid sempat mengepos status di Facebook berbunyi:
“Siapa ada tertinggal kunci motosikal di motosikal DBV9*** di Fun Fair sebelah Giant. Beratlah motosikal kunci bagai tapi kunci tertinggal di motosikal. Hubungi saya 017861****. InshaAllah.”
Tinjauan Mynewshub di Facebook mendapati anggota keluarga mangsa memaklumkan terdapat perkembangan positif apabila dia sudah boleh makan pada hari ini.
Apa pun, inilah jadinya apabila ada yang mahu membelakangkan undang-undang bagi menghukum sesama manusia.
Dek kerana pendek akal nyawa orang tak berdosa jadi taruhan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=vv3oAulfAfc
Oleh: Rem Ramzi