Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tan Sri Sheikh Ghazali...

PUTRAJAYA - Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul...

Penggunaan Ketum Meningkat Di...

KOTA BHARU - Polis Kelantan percaya penggunaan daun ketum sebagai alternatif kepada dadah...

Ban Pecah Punca Penduduk...

TELUK INTAN - Tekanan air Sungai Bidor yang kuat dipercayai punca beberapa ban...

Segera Laporkan Pendapatan, Elak...

PUTRAJAYA ā€“ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai...

Dokumentari Al Jazeera Cuba Jatuhkan Kredibiliti PM

KUALA LUMPUR – Dokumentari kontroversi terbitan Al Jazeera yang disiarkan baru-baru ini adalah satu cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Dokumentari yang cuba menimbulkan bukti baharu berkaitan kematian Altantuya Shariibuu pada tahun 2006 adalah tohmahan semata-mata tanpa ada bukti yang sahihƃā€šĆ‚Ā mengaitkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berprofil tinggi itu, tegasnya.

“Siasatan polis tidak menunjukkan Najib yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri terlibat sama sekali dalam kes ini kerana tiada bukti yang dapatƃā€šĆ‚Ā mengaitkan beliau.

“Saya juga melihat terdapat banyak dakwaan seperti gambar yang memaparkan Najib menikmati makan malam bersama penasihatnya ketika itu, Abdul Razak Baginda, tetapi ternyata gambar itu palsu dan ini cuba disensasikan oleh sesetengah pihak,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Musa berkata beliau terpanggil untuk menegakkan kebenaran memandangkan terdapat banyak fakta-fakta ‘fiksyen’ yang dipaparkan media kebelakangan ini walaupun beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Selain itu, Musa juga berkata Najib boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi media berkenaan (Al Jazeera) jika beliau merasakan dirinya difitnah berhubung penyiaran dokumentari itu.

“Itu adalah ruang yang diberi kepada individu yang merasakan dirinya difitnah serta cubaan untuk menjatuhkan kredibilitinya,” katanya sambil menyeru masyarakat supaya tidak mereka-reka cerita yang boleh menjatuhkan maruah seseorang itu.


Musa berkata beliau yang pada ketika itu menjadi ketua polis negara tidak menjalankan siasatan kes berkenaan tetapi memantau penuh siasatan yang dijalankan pegawai polis.

Baru-baru ini, sebuah dokumentari berdurasi 25 minit yang disiarkan oleh Al Jazeera mempersoalkan antara lain penglibatan dua pegawai polis yang disabitkan tuduhan membunuh Altantuya, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes itu.

Khamis lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menegaskan Najib tidak pernah mengenali, terlibat, berkomunikasi mahupun berhubung dengan Altantuya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata semua yang dipaparkan dalam dokumentari itu semata-mata bersandarkan kepada perkara dengar cakap dan tidak berdasarkan sebarang bukti nyata.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan dokumentari berkenaan adalah satu laporan berdasarkan dakwaan tidak benar dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atas kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=UJE9SZq6lOk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori