DUA krew produksi filem terbaharu lakonan Tom Cruise, Mena, dilapor maut nahas udara apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di pergunungan Medellin di Columbia, kelmarin.
Cruise dilaporkan tidak menaiki helikopter itu yang dipandu pemiliknya, Alan Purwin yang terkorban bersama-sama Carlos Berl yang berasal dari Columbia.
Seorang mangsa yang terselamat dalam insiden itu, Jimmy Lee Garland dilaporkan mengalami beberapa kecederaan dan masih dirawat di hospital berdekatan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit filem itu, Universal Pictures berkata, “helikopter itu membawa beberapa krew produksi itu terhempas ketika dalam perjalanan pulang ke Lapangan Terbang Enrique Olaya Herrera sebaik selesai penggambaran di negara itu.”
Pengangkutan udara itu dikatakan menjadi pengangkutan rasmi buat kesemua krew produksi untuk berulang alik dari Amerika Syarikat ke Columbia sepanjang proses penggambaran berlangsung. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=b_ShqwMiU20