Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Diperintah Bela Diri Bukan...

KUALA LUMPUR - Meskipun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperintahkan...

Kekasih Cium Lelaki Lain...

'KISS cam’ dianggap sebagai hiburan dalam perlawanan bola keranjang di Amerika Syarikat dengan...

Keputusan PBNP Dianggap Tak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) disifatkan tidak menghormati Konfederasi...

512 Pelajar Dijangkiti ILI...

IPOH - Jumlah pelajar yang dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI) di Perak...

Dua Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui Pagi Ini

HUTAN MELINTANG – Dua lagi mayat iaitu seorang lelaki dan wanita mangsa bot karam di perairan Sabak Bernam ditemui pagi ini, menjadikan jumlah korban terkini dalam tragedi itu seramai 31 orang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily berkata kedua-dua mayat berkenaan ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira 7 pagi.

“Mayat ditemui kira-kira lapan batu nautika dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang di sini hari ini yang masuk hari keempat.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat dan proses mengenal pasti identiti.

Kedua-dua mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Hutan Melintang pada kira-kira 10.15 pagi.


Setakat hari ini, mayat 20 wanita serta seorang kanak-kanak perempuan dan 10 lelaki ditemui manakala 20 lagi termasuk seorang wanita terselamat, selepas bot yang membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori