Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sasaran Wujud 500,000 Peluang...

KUALA LUMPUR : Sasaran kerajaan untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan sepanjang tahun ini...

Peruntukan Negeri Pembangkang Dalam...

SHAH ALAM - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa kampung-kampung...

Budak Jatuh Eskalator Masih...

KANAK-KANAK perempuan yang terjatuh dari tingkat dua di sebuah pusat membeli belah di Bukit...

Hanya 40% Penilaian Akademik...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama...

2 Remaja Ditahan Bakar Masjid Terbesar Di London

LONDON – Dua remaja lelaki ditahan kerana disyaki menyebabkan kebakaran di masjid terbesar Eropah di London, kelmarin.

Lebih 70 bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Baital Futuh di Morden pada tengah hari Sabtu itu (wakut tempatan).

Seorang lelaki berusia 40-an dibawa ke hospital untuk rawatan selepas menghidu asap tebal.

Polis berkata, remaja berusia 14 dan 16 tahun itu ditahan untuk siasatan.

Jurucakap masjid Farooq Aftab berkata, tiada kecederaan teruk disebabkan masjid sempat dikosongkan.

“Mujur kejadian tidak berlaku pada hari yang sibuk,” katanya.


Kebakaran bermula sekitar 11.30 pagi dan ia masih disiasat bomba.

“Buat masa ini kami masih belum pasti apa sebenarnya berlaku,” katanya lagi.

Masjid bernilai £15 juta (RM100 juta) itu mampu memuatkan sehingga 10,000 orang dibuka pada 2003. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=TAZpNw8KU4E

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori