Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gara-Gara Najis Kucing, Pemilik...

IPOH - Seorang pemilik bengkel menerima 22 jahitan di bahagian kepala akibat cedera...

Isteri Bekas Pegawai Bank...

NEW YORK: Isteri bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, menjadi individu penting...

Bekas Pegawai Dijel 60...

ALOR SETAR - Seorang bekas pegawai kanan Padiberas Nasional dijatuhi hukuman penjara 60...

Eizlan, Natasha Selamat Bernikah

PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat...

Empat GRO Ditahan Polis Dalam Serbuan Di Pusat Hiburan

BUKIT MERTAJAM – Empat wanita warga China yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Keranji, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata empat wanita berusia 33 hingga 40 tahun itu dan seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun dipercayai penjaga di pusat hiburan berkenaan telah ditahan dalam serbuan kira-kira 10.00 malam.

“Semasa serbuan itu, terdapat beberapa pelanggan sedang berhibur dalam pusat hiburan berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati empat wanita warga China itu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri dan permit pekerja,” katanya.

Katanya polis turut merampas peralatan pemain DVD, mikrofon, CD lagu dan speaker di pusat hiburan itu.


Pusat hiburan itu pernah diserbu kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sebelum ini.

Menurutnya, mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imgresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan Peraturan Imgresen 1963 manakala lelaki berkenaan disiasat di bawah Sek 6 (1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GRO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori