Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat 3 Pihak Putuskan...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa yang terlibat dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang...

12 Penduduk Dipindah Akibat...

BAGAN SERAI: Seramai 12 orang daripada tiga buah keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan...

‘Kunkush’ Kucing Pelarian Disatukan...

TANGGAL 19 Februari yang lalu menjadi detik bermakna bagi ‘Kucing Pelarian’ yang diberi...

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA : Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri termasuk...

FAM Perlu Keluar Daripada Sindrom Penafian

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diseru supaya keluar daripada sindrom penafian berhubung mutu bola sepak Malaysia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM perlu membuka telinga dan minda dengan mendengar suara daripada segenap penjuru mengenai perkara itu.

“Ambillah langkah secara terhormat. Usah lagi menganiaya bola sepak Malaysia kerana yang sudah pun tenat perlukan pembedahan dan rawatan rapi yang segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam baru-baru ini apabila kumpulan Ultras Malaya bertindak membaling suar ke dalam padang.


Insiden itu menyebabkan perlawana diantara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa ditangguhkan oleh pengadil perlawanan.

Annuar berkata, pasukan Malaysia sebelum ini diaibkan dengan kekalahan 10-0 sewaktu bertemu UAE dan kemudian berlaku protes oleh Ultras Malaysia sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan FAM.

“Kalau semua ini belum cukup untuk pimpinan dan pengurusan bola sepak negara mengambil tanggungjawab, tak tahulah bila lagi perubahan akan berlaku,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori