Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agen Saraf VX Tak...

PUTRAJAYA - Agen saraf VX yang dikesan digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam...

Hanya Separuh Penumpang Dalam...

KUALA LUMPUR - Hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam pengangkutan awam dibenarkan...

Siti Nordiana Tak Akan...

SITI Nordiana yang berjaya melangkah ke peringkat akhir program realiti Gegar Vaganza 2, mengakui...

5 Senator Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Datuk Dr Ariffin SM Omar yang...

Fasa Kedua GST Perlu Kesungguhan Penguatkuasaan

KENINGAU – Fasa kedua pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memerlukan kesungguhan penguatkuasaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya tiada peniaga yang sewenang-wenang memanipulasi harga barang di pasaran.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata penguatkuasaan perlu dilakukan secara serius bagi memastikan hak pengguna terpelihara selain mereka tidak terbeban dengan manipulasi harga barang.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga yang didapati menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang termasuk kesalahan itu dilapor di media supaya menjadi pengajaran kepada peniaga lain.

“Jika terdapat 10 peniaga diambil tindakan tegas di kawasan Keningau misalnya, ia sudah cukup untuk mendisiplin peniaga lain di daerah ini.

“Mereka (peniaga) ada rangkaian, jika mereka sudah mengetahui terdapat kedai yang sudah dikenakan tindakan, mereka harus berjaga-jaga.


“Jika tidak ada seorang pun peniaga yang diambil tindakan, maka peniaga akan bermaharajalela dan menganggap apa yang mereka lakukan adalah betul sedangkan ia adalah salah,” kata beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia kepada pemberita pada majlis dialog mengenai isu-isu semasa bersama UMNO bahagian Keningau dan Pensiangan di sini semalam.

Ahmad mahu rakyat terutama di luar bandar memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada penghulu, ketua kampung dan ketua daerah jika terdapat kenaikan harga barang yang melampau di kawasan mereka.

Beliau juga mengingatkan pihak penguat kuasa supaya tidak bersekongkol dengan peniaga dan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ sehingga menyebabkan penguatkuasaan tidak dapat dilakukan secara tegas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori