SEKEPING gambar yang memaparkan kegembiraan salah seorang anak pelarian Syria bersama seorang pihak berkuasa di Greece telah mendapat perhatian orang ramai di laman makro twitter.
Reaksi serta raut wajah mengukir senyuman ‘harapan’ yang jelas terpancar di wajah budak perempuan tersebut ternyata berjaya menyentuh perasaan netizen yang melihatnya.
Dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama Ian Bremmer, gambar tersebut telah mendapat ulang kicau hampir dua ribu sejak 3 hari lalu.
“Not all refugees photos are tragic, here’s the happiest one I’ve come across,” tulis Ian sebagai kapsyen.
[PELARIAN SYRIA YANG DITENDANG TAKKAN MAAFKAN JURUKAMERA]
Entah apa yang dibualkan atau disembangkan anak kecil itu dengan pihak berkuasa tersebut, namun jelas kegembiraan pada wajah mereka itu mengharukan orang ramai.
Gambar-gambar pelarian Syria yang dimuat naik oleh orang ramai sebelum ini lebih tragis dan menyedihkan, terutamanya gambar adik Aylan Kurdi yang mati terdampar di tepi pantai Turki.
Walau bagaimanapun, menerusi tweet yang sama, orang ramai yang memberi respon terhadap gambar itu turut kongsikan beberapa keping gambar yang membuatkan pengguna laman makro Twitter tersenyum melihat senyuman anak-anak pelarian Syria yang menemui sinar baharu di negara yang menerima kehadiran mereka semua.
Sekurang-kurangnya masyarakat dunia tahu, dalam kecelaruan yang menerpa semua pelarian Syria, masih ada senyuman yang terukir dalam diri anak-anak mereka.
Semoga mereka semua dilindungi dan disayangi walau di mana pun berada terutamanya kanak-kanak yang sememangnya berhak kecapi kebahagiaan dalam kehidupan mereka. – MYNEWSHUB.CC
Jurukamera wanita di Hungary yang bertindak kejam terhadap pelarian Syria dikecam masyarakat dunia.