KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter berlaku berhampiran pesisir pantai Central Chile pada pukul 1.39 pagi ini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, hari ini, pusat gempa bumi itu terletak 145 km dari Vina Del Mar, Chile dan 16,585km dari Lubuk Antu, Sarawak.
Kenyataan itu juga menyebut tiada ancaman tsunami kerana kejadian gempa itu. – BERNAMA