KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 11.16 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata pusat gempa itu adalah di enam darjah utara dan 116.6 darjah timur, 11 kilometer barat Ranau.
Gegaran itu dirasai di Ranau dan MetMalaysia akan mengeluarkan maklumat tambahan. – BERNAMA
Reaksi pendaki selepas pasca gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah.