Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Komunis: Polis, Pakar...

KUALA LUMPUR - Polis dan pakar sejarah sedang meneliti tarikh sesuai bagi mengadakan...

Warga Rohingya Di Malaysia...

HULU TERENGGANU - Nampaknya setiap warga Rohingya yang membawa diri ke Malaysia mempunyai...

KDNK Malaysia Diunjur 4.6%...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada kadar yang agak sederhana, dengan...

Maswing Larang Guna Samsung...

MIRI - Maswings Sdn. Bhd., milik penuh Malaysia Airlines, melarang penumpangnya menggunakan telefon...

GEMPAR!!! Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

SEORANG lelaki telah menampar Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim semasa rakaat pertama solat Jumaat sebentar tadi.

Akibat tindakan itu, sembahyang Jumaat terpaksa dilaksanakan semula di masjid berkenaan.

Menurut saksi, lelaki berkenaan bertindak menolak Imam selepas selesai Al-Fatihah dibaca ketika rakaat pertama seolah-olah ingin menggantikan tempatnya.

Bagaimanapun apabila Imam meneruskan bacaan, lelaki tersebut menampar Imam seterusnya merampas mikrofon dan berkata “You go back!” beberapa kali sebelum dihalang pasukan keselamatan.

Saksi lain mendakwa, ketika ditahan lelaki tersebut turut berteriak dalam Bahasa Arab yang bermaksud, “Malaysia Syaitan”.


Berdasarkan video yang kini tersebar, tindakan lelaki berkenaan nyata telah mengundang kemarahan jemaah yang datang bersolat Jumaat di Masjid Negara hari ini apabila ramai yang memarahi dan cuba menamparnya ketika dia dibawa keluar oleh pihak berkuasa.

Dapat didengar, ada yang berteriak kepada lelaki berkenaan “kurang ajar!”, “orang tengah sembahyang” dan “tangkap dia”.

https://www.youtube.com/watch?v=AjetcHaxI4U

Setakat ini tidak diketahui apakah motif atau punca lelaki yang disahkan berketurunan India dari Kashmir itu bertindak demikian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori