Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat Empat Lokasi...

KUALA LUMPUR : Polis Daerah Dang Wangi, memaklumkan empat lokasi di pusat bandar...

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan...

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Microsoft Malaysia...

Pelan Pembangunan KL 2020...

KUALA LUMPUR — Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 akan diwartakan sebelum pertengahan November...

Presiden MIC Cadang Pemilihan...

Parti MIC membuat cadangan untuk satu pemilihan baharu diadakan melibatkan semua jawatan bagi...

Guna Bungkusan Kedap Udara Elak Kertas Soalan Bocor

ALOR SETAR – Penggunaan bungkusan yang mengandungi kertas soalan peperiksaan yang kedap udara adalah antara langkah baru yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan mulai tahun ini bagi mengelak berlaku kejadian kertas soalan bocor, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamed Yusof.

Beliau berkata sekiranya terdapat gangguan pada bungkusan berkenaan, pusat kawalan di Putrajaya akan dapat mengesan lokasi dan pusat peperiksaan di mana berlakunya gangguan tersebut.

“Bungkusan kertas soalan ini adalah kedap udara yang kalau terbuka sedikit sahaja pun, pusat kawalan di Putrajaya akan dapat mengesan di mana berlakunya gangguan terhadap bungkusan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau meninjau perjalanan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bharati, yang turut disertai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datin Azuyah Hassan dan Exco Pendidikan Datuk Tajul Urus Mat Zain.


Khair berkata jika dahulu prosedur membuka bungkusan kertas soalan memerlukan pelajar untuk melihatnya, namun kali ini hanya pihak guru yang diperlukan untuk memastikan pembukaan bungkusannya dilakukan dengan baik.

Beliau turut berkata seramai 455,929 calon menduduki UPSR tahun ini yang meliputi 446,511 calon sekolah kerajaan dan 9,418 calon sekolah swasta yang turut melibatkan 49,655 petugas peperiksaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori