Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KPNDHEP P Pinang Keluar...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak...

Cerita Jahat Konon Proton...

ALKISAH baru-baru ini, seorang rakan sembang media sosial saya buat ulasan panjang mengenai...

Rakyat Malaysia Cedera Kemalangan...

BANGKOK – Tujuh pelancong Malaysia daripada sebuah keluarga cedera ringan apabila kenderaan pacuan...

Aliran Trafik Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

Gurauan ‘Kasar’ 3 Anakanda Sultan Johor Di Instagram

LUMRAH apabila merujuk kepada anak raja, sudah tentulah kita terbayang hidup penuh kemewahan, protokol dan lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun siapa sangka, perbualan anakanda-anakanda Sultan Johor menerusi Instagram baru-baru ini tak jauh beza ‘kasarnya’ dengan adik beradik dalam keluarga rakyat kebanyakan termasuk perkataan yang digunakan.

Rata-rata yang membaca perbualan tersebut di Instagram Tunku Tun Aminah menyifatkan ianya amat comel dan kelakar.

Segalanya bermula selepas Tun Tun Aminah memuatnaik gambar baginda sedang menikmati makanan di restoran bersama rakan-rakan.

Fullscreen capture 962015 22618 PM.bmp

Tunku Jalil kemudiannya muncul memberi komen “Penat-penat aku masak tunggu dia sampai. Rupanya makan luar! Thanks @tunku_tun_aminah”.

Apabila Tunku Tun Aminah cuba berdalih dengan berkata baginda sudah mahu pulang dan cuma ‘minum kopi’ sahaja Tunku Jalil mengeluarkan ayat gurauan kasar “Coffee break my butt! I see food!” kepada adindanya itu, sama seperti cara ramai ‘abang-abang’ di luar sana bercakap dengan adik mereka.

Fullscreen capture 962015 22830 PM.bmp

Tunku Idris kemudiannya muncul ‘membahan’ Tunku Aminah dengan menulis, “Memang tak reti balik rumah lah tu”.


“Dah dah jangan layan minah ni @tunku_idris. Dia memang pelik.. coffee is drink, not food. Takkan itu pon dia tak tahu! Dah la tipu, bongok pulak tu” sambung Tunku Jalil lagi dan gurauan mereka bertiga berterusan menggunakan ayat bahasa pasar sama seperti orang kebanyakan.

Fullscreen capture 962015 22907 PM.bmp

Fullscreen capture 962015 22936 PM.bmp

Seronok lihat keakraban ketiga-tiga anakanda Sultan Johor ini kan?

Paling tak sangka mereka boleh berlawak sampai keluar perkataan ‘bongok’ bagai.. comel je. – MYNEWSHUB.CC

Tunku Jalil Bergurau Dengan Adinda Jadi Bomoh

https://www.youtube.com/watch?v=rI0BlRzSM2w

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori