SINGAPURA – Harga minyak pulih hari ini apabila peniaga mengambil pegangan dan membeli selepas harga jatuh semalam.
Harga minyak jatuh semalam berikutan unjuran penurunan permintaan pada musim luruh serta data ekonomi lemah di China.
Seorang broker berkata, kenaikan harga hari ini didorong pembelian jangka pendek pelabur yang mahu ambil untung daripada harga rendah selepas harga jatuh semalam.
Kontrak semerta minyak mentah AS untuk penghantaran Oktober diniagakan pada AS$44.30, naik 30 cents manakala Brent naik 32 cents kepada AS$46.69 setong.
“Dagangan hari ini bukannya menunjukkan asas pasaran, sebaliknya adalah cernaan daripada gerak kerja pasaran semalam,” katanya.
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro semalam sekali lagi menggesa OPEC untuk bermesyuarat bagi mengurangkan pengeluaran yang dilihat akan membantu menaikkan harga minyak.
Bagaimanapun, negara di Asia Barat yang mendominasi OPEC tidak setuju, sebaliknya mahu mengekalkan paras pengeluaran semasa bagi mengekalkan penguasaan pasaran mereka. – Reuters