Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bukan Kerana Drama, Zara-Hafreez...

PASANGAN selebriti yang kini sedang hangat bercinta, Zara Zya dan Hafreez Adam mengakui...

Tangan Bayi 1 Tahun...

SEKALI lagi berita membabitkan eskalator menjadi perhatian di China.Selepas video seorang wanita maut 'ditelan'...

Mangsa Janji Harapan Palsu...

PARA pekerja MMC-Gamuda yang masa depan mereka tidak menentu sekarang ini bukan satu-satunya...

RCI: Tiada Asas Tangguh...

SEMUA kes mahkamah akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan diputuskan oleh mahkamah seperti...

Hartawan Norway Tawar 100 Hotel Untuk 5,000 Pelarian Syria

OSLO – Terkesan dengan foto Aylan Kurdi, seorang anak kecil pelarian Syria yang mayatnya terdampar di pantai Turki minggu lalu; seorang hartawan Norway, Petter Anker Stordalen sanggup memberi mereka perlindungan.

Lebih unik, beliau yang juga merupakan pemilik Nordic Choice, firma rangkaian hotel antara terbesar di dunia; sanggup menawarkan sejumlah hotel miliknya sendiri untuk didiami secara percuma oleh para pelarian terbabit.

Stordalen, 52 tahun, dilaporkan menawarkan kepada penguat kuasa imigresen negara itu untuk menyediakan tempat tinggal transit kepada kira-kira 5,000 pendatang Syria di 100 buah hotel miliknya di seluruh Norway.

Pihak berkuasa imigresen akan menerima tawaran tersebut kerana mereka belum berupaya lagi menyediakan tempat tinggal sementara kepada golongan pendatang yang kini mula membanjiri negara rantau Skandinavia itu.

Petter-Comfort-Hotel-Xpress-800x600

Baca: Jenazah Si Cilik Aylan Selamat Disemadikan Di Negara Asalnya

Juga: Aylan Kurdi: Kisah Kanak-Kanak Tak Berdosa Mangsa Perang Syria

Jumlah pelarian suaka politik yang masuk ke Norway meningkat mendadak sejak kebelakangan ini, malah pada bulan lalu sekitar 2,300 pendatang asing Syria tiba ke negara tersebut, angka yang tertinggi sejak dekad 1990-an.


Stordalen yang juga dikenali sebagai taikun pelabur hartanah terkemuka menguruskan sejumlah 170 buah hotel dengan 12,000 pekerja serta memiliki kekayaan bernilai lebih 11 bilion kroner Norway (kira-kira RM5.8 bilion).

Beliau dan isteri, Gunhild, seorang doktor dan aktivis alam sekitar tempatan turut terkenal dermawan pemurah menerusi Yayasan Stordalen yang ditubuhkan pada 2011 sehingga mereka diberi gelaran Bill Gates Norway.

Rangkaian hotel Nordic Choice diwujudkan sejak 1990 dengan cawangan di Norway, Denmark, Sweden dan negara-negara rantau Baltik serta kapasiti 25,000 buah bilik yang bebas asap rokok. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori