Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Diari Merdeka: Pertempuran Cemas...

“ANCAMAN sentiasa ada. Cuma, bentuknya berbeza-beza. Oleh itu janganlah menyingkatkan pemikiran bahwa ancaman...

Maszlee Tinjau Sekolah Daif...

KOTA KINABALU - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melawat sekolah-sekolah...

Azmin Sindir Tindakan Ikrar...

KUALA LUMPUR - Ciapan pendek Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi menimbulkan...

12 Didenda Kutip Sampah...

SEMPORNA - Padah membuang sampah sesuka hati, seramai 12 individu didenda melakukan kerja...

Henti Sebar Teori Konspirasi – Keluarga Morais

PETALING JAYA – Keluarga kepada Anthony Kevin Morais meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan teori konspirasi berhubung kehilangan Timbalan Ketua Bicara Dan Rayuan Jabatan Peguam Negara itu.

Abangnya, Datuk Richard Morais berkata, mereka sekeluarga amat terganggu dengan beberapa perkara berkaitan dengan Morais yang tersebar di media sosial.

“Saya berharap semua orang di luar ana dapat menghentikan teori konspirasi mengenai bagaiman dan bila adik saya hilang.

“Ia merupakan waktu yang sukar buat kami sekeluarga jadi saya berharap orang ramai dapat memahaminya dan tidak mengambil kesempatan terhadap perkara ini,” katanya pada Selasa.

Richard berkata, orang ramai perlu membiarkan pihak polis untuk melakukan siasatan.


“Saya pasti mereka akan mendapat jawapan. Saya percaya polis dapat menemui adik saya,” katanya.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dikatakan memandu Proton Perdana milik kerajaan berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q. – The Star Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori