Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sipitang Berpotensi Jadi Satu...

SIPITANG - Sipitang tidak lama lagi akan mempunyai pelan rangka tindakan pembangunannya sendiri...

Bumbung Bangunan SK Senawang...

SEREMBAN - Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Senawang dekat sini, mengalami kerosakan teruk...

“Tiada Gadis Yang Hot...

SEORANG pemuda membuat pendedahan bahawa dia telah menjalinkan hubungan bersama seekor lipas bernama...

Punggung Berselulit, Kim K...

KIM Kardashian mungkin mempunyai bentuk tubuh yang dicemburui ramai wanita, namun dia sebenarnya masih...

Henti Tajaan: MARA Tak Perlu Maklum KPT

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak perlu memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung keputusannya menghentikan tajaan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia kerana MARA berhak dan terpulang kepada organisasi itu untuk membuat sebarang keputusan tanpa perlu merujuk kepada kementerian.

“Dia (MARA) tidak perlu bagi alasan pada saya. Saya tidak tahu banyak mengenainya kerana ia dibuat oleh organisasi (MARA).

“Keputusan MARA sendiri. Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Sebagaimana yang diumum (keputusan henti tajaan), saya tidak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Idris sebelum itu menyampaikan anugerah dan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah di Sunway University di sini yang turut dihadiri Pengasas yayasan itu Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang juga Canselor University Sunway.

Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan MARA menghentikan tajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian di Universiti Taylor atas pelbagai sebab.

Bagaimanapun, pelajar tajaan MARA yang sedang menuntut di universiti terbabit boleh meneruskan pengajian sehingga tamat.


Dalam pada itu, ditanya mengenai terdapat kemungkinan sama ada MARA akan menghentikan tajaan pelajarnya di institut pengajian tinggi awam atau swasta yang lain, Idris menjawab bahawa beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Idris berharap lebih banyak pihak korporat tampil menaja pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, komitmen yang ditunjukkan syarikat korporat bukan sahaja dapat membantu kerajaan merealisasikan impian untuk menjadikan negara sebagai hab pendidikan tinggi, malah dapat meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

Sementara itu, Jeffrey dalam ucapannya berkata hari ini menjadi sejarah buat Yayasan Jeffrey Cheah apabila mengagihkan biasiswa sebanyak RM45 juta kepada lebih 3,000 penerima, berbanding RM33 juta tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori