Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Kedah Ziarah Pusara...

PORT DICKSON - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, yang juga...

Projek PPA1M Sasar Bina...

KUANTAN - Dalam usaha memastikan seramai mungkin penjawat awam dapat memiliki kediaman sendiri...

CDM Sukan Asia Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Jakarta - Palembang...

Majlis Tahnik Anak Siti,...

AMPANG - Polis telah merakam keterangan 10 individu termasuk pemilik rumah dan penganjur...

Himpunan Rakyat Bersatu Dapat Permit Polis – Annuar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Perhimpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada 16 September ini mendapat kelulusan dibawah Akta Perhimpunan Aman.

Menurut beliau, perhimpunan secara besar-besaran itu menjadi perhimpunan besar pertama yang mendapat kelulusan kerana mematuhi arahan pihak berkuasa supaya diadakan di Padang Merbok di sini.

“Allhamdullilah dan tahniah kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kerana bersetuju menerima Padang Merbok untuk perhimpunan.

“Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September menjadi perhimpunan besar yang pertama mendapat kelulusan di bawah Akta Perhimpunan Aman,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Annuar berkata, perhimpunan anti kerajaan Bersih 4 baru-baru ini tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa kerana enggan mematuhi arahan supaya ia diadakan di Padang Merbok.


Beliau dalam pada itu memberitahu, seramai 3,000 ahli Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) akan membantu polis menjaga keselamatan peserta perhimpunan itu.

“Adalah penting penganjur mempastikan segala syarat dan keperluan undang undang dipatuhi. Elakkan sebarang perkara yang menyalahi undang undang,” katanya.

Katanya, ratusan badan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan itu sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu yang bertujuan mendesak kerajaan Malaysia diserahkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori