Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Semua Orang Berhati...

Mengapa dia melakukannya? "Kerana seseorang perlu melakukan langkah pertama". Itulah jawapan yang Allan...

48 Jam 1,500 Tempahan,...

KHAMIS depan, Perodua secara rasminya akan melancarkan model baharu Myvi yang dijanjikan dengan...

Kerajaan PH Digesa Lucut...

KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mengesa kerajaan Pakatan...

Pihak Berkuasa Bersihkan Sekayu...

KUALA BERANG - Terkesan dengan tular di media sosial kerana didakwa gagal menjaga...

Himpunan Rakyat Bersatu Kena Tukar Lokasi – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan penganjur ‘Perhimpunan Rakyat Bersatu’ yang dijadual berlangsung di ibu negara 16 September depan supaya memilih tempat yang bersesuaian.

Nasihat tersebut dikeluarkan beliau demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat kerana ia kebetulan jatuh pada hari cuti umum sempena Hari Malaysia yang dijangka menyaksikan Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai.

Beliau berkata, pihak polis tidak dapat membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung di pusat bandar raya dengan mengambil kira atas faktor keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan penduduk warga kota.

“Ia akan mengganggu aktiviti banyak pihak termasuk peniaga kecil, pelancong dan pemandu teksi yang berada di Kuala Lumpur pada hari berkenaan,” kata Khalid yang dipetik agensi berita rasmi Bernama pada Khamis.

Media tempatan sebelum itu melaporkan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ anjuran beberapa badan bukan kerajaan dijadual pada 16 September dan 10 Oktober depan di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Polis setakat ini belum menerima sebarang notis daripada penganjur kumpulan itu yang menggelarkan diri sebagai ‘Baju Merah’ dan menasihatkan mereka agar mematuhi segala prosedur di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Baca: Orang Ramai Diseru Sertai Perhimpunan 16 September

CN3c6GvVAAIeWDR

Baca: PAS Sokong Himpunan Rakyat Bersatu 16 September

Ia diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap himpunan haram Bersih 4 di sekitar Dataran Merdeka yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lepas.


Perhimpunan jalanan tersebut bagaimanapun gagal mendapat sambutan apabila hanya disertai kurang 20,000 orang dengan lebih 80 peratus adalah kaum Cina penyokong tegar DAP yang memakai baju warna kuning.

Mereka bukan sahaja bertindak biadap memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malah menjulang penyapu simbol rasis ketika tragedi 13 Mei 1969.

Ini menyaksikan beberapa organisasi Melayu merancang perhimpunan timbal balas dengan memakai baju warna merah, iaitu warna simbol keramat bangsa Melayu sejak zaman kerajaan awal Melayu di Majapahit di Nusantara.

Najib yang juga Presiden UMNO selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada Rabu menegaskan, penglibatan beberapa pemimpin UMNO kebetulan dalam himpunan tersebut atas kapasiti kumpulan tertentu diwakili mereka.

Ironi beberapa tokoh pembangkang membidas perhimpunan ‘Baju Merah’ itu kononnya hanya ‘Baju Kuning’ bebas buat demontrasi jalanan manakala pihak lain yang pro-kerajaan adalah dilarang. – Agensi/Mynewhub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori