Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penerima Vaksin Fasa 2...

KUALA LUMPUR - Warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas masih diberi keutamaan...

Senarai Konon Calon MB...

SHAH ALAM - UMNO Selangor menafikan buat sebarang perbincangan mengenai bakal menteri besar...

Cuti Bersalin 98 Hari,...

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan...

Tok Non Meninggal Dunia

GEORGETOWN - Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman,...

Hubungan Melaka-Guangdong Buka Peluang Pelabur 2 Negara

MELAKA – Hubungan dua hala antara Melaka dan wilayah Guangdong di China akan membuka jalan kepada pelabur dari Malaysia dan China untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata hubungan itu juga akan membuka peluang untuk jalinan kerjasama antara pelabur kedua-kedua negara bagi melaksanakan projek dalam pelbagai bidang, seperti penggunaan tanah, sosiobudaya dan pelancongan.

“Pada masa sama hubungan persahabatan ini juga suatu inisiatif yang dapat membuka peluang baharu menerusi pertukaran teknologi, kemahiran dan kepakaran sumber manusia.

“Selain daripada perdagangan dan ekonomi, hubungan ini akan menggalakkan industri pelancongan antara Melaka dan Guangdong,” katanya dalam satu kenyataan pada lawatan kerja Gabenor Wilayah Guangdong Zhu Xiodan ke Melaka selama sehari, hari ini.

Katanya hubungan rapat rakyat Melaka dan China yang terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, meninggalkan banyak kesan sejarah, adat resam dan budaya yang dapat dijadikan produk pelancongan berkesan untuk dipromosi secara bersama oleh Melaka dan Guangdong.


Zhu yang tiba di kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada kira-kira 10 pagi, disambut Idris bagi memulakan lawatan rasmi itu sebelum diberi taklimat tentang pembangunan ekonomi Melaka serta melawat Dewan Undangan Negeri Melaka.

Zhu kemudian membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sebelum menyaksikan majlis menandatangani tujuh memorandum persefahaman antara syarikat dari Malaysia dan China.

Petang ini, Gabenor Guangdong itu dijadual melawat beberapa kawasan bersejarah, termasuk Jonker Walk di sini dan meninjau projek mega hartanah Melaka Gateway di Pulau Melaka, Bandar Hilir di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori