OLEH kerana ajal maut di tangan Tuhan, maka sesetengah pasangan terpaksa menerima hakikat anak yang sedang dikandung tidak sempat lahir ke dunia.
Bagi kes keguguran di hospital, sesetengah pasangan mungkin lebih fokus kepada keadaan si ibu yang sedang lemah lalu meninggalkan begitu sahaja janin mereka kepada pihak hospital.
Bagaimanapun perkongsian di Facebook yang dibuat oleh salah seorang ibu yang mengalami keguguran baru-baru ini mungkin boleh diambil berat oleh mereka yang mahu menghormati janin yang tidak sempat lahir ke dunia agar ia dikebumikan mengikut cara sempurna.
Menerusi perkongsian ini; janin, uri dan placenta yang dilahirkan di hospital dikatakan akan dibawa ke makmal untuk kajian selepas dilahirkan seterusnya menjalani proses incinerator untuk pelupusan.
Incinerator atau bahasa mudahnya dilupuskan dengan cara dibakar ini mungkin tidak dapat diterima oleh sebilangan ibu bapa terutama yang beragama Islam termasuk pemilik Facebook ini dan suaminya.
Perkongsian ini dibuat agar ibu bapa maklum dan meminta semula janin yang gugur di hospital untuk dikebumikan secara afdal mengikut agama Islam.
Wallahua’lam. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Dr6aHi98iGI
Oleh: Rem Ramzi