Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Isu Bil Tinggi, ST...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tenaga (ST) mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada...

Hari Kemerdekaan Diseragam Mulai...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan mulai tahun depan sambutan Hari...

Single Baharu Sufian Bukan...

KISAH mahligai impian tak kesampaian antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy membuatkan...

Kalau Australia Tak Bagi...

MEDIA Australia Sydney Morning Herald pada Khamis melaporkan, kerajaan Australia akan menolak permohonan ekstradisi ke atas...

Ibu Beri Dadah Pada Anak Sebagai Hadiah Hari Jadi

LONDON – Ibu syaitan. Wanita ini, Nicola Austen, 37, layak diberikan gelaran itu selepas memberikan 12 bungkus dadah seberat 5.65 gram kepada anak perempuannya sebagai hadiah sempena hari jadi yang ke-18.

Dadah tersebut adalah untuk diraikan mereka berdua tetapi ia berjaya dikesan polis dalam serbuan secara mengejut ke rumahnya, sehari sebelum sambutan hari jadi berkenaan.

Berikutan itu dia telah didakwa di sebuah mahkamah Britain.

“Mereka telah menyewa limosine untuk bersiar-siar di London dan Nicola mahu memastikan anaknya meraikan ulang kelahirannya dengan penuh gembira,’’ kata seorang pendakwa raya tempatan.


Nicola pernah mempunyai enam rekod kesalahan lampau kerana terlibat dengan dadah pada 2010.

Bagaimanapun peguam bela Nicola meminta supaya anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara kerana dia juga mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil dan perlu menjaga neneknya.

Hakim kemudiannya menangguhkan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan ke atasnya selama setahun dan dia juga perlu menghabiskan kerja tanpa gaji selama 250 jam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori