Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

FAMA Meterai Perjanjian Dengan...

KUALA PILAH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan hari ini memeterai...

BERSATU Teruskan Perbincangan Antara...

PUTRAJAYA : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal meneruskan perbincangan dengan parti politik...

Agenda Pendidikan Mindef Sasar...

KLUANG - Kementerian Pertahanan hari ini melancarkan Blueprint Agenda Pendidikan Hala Tuju Kementerian...

Saya Tak Campur Urusan...

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan...

Imigresen Kedah Tahan 19 Pati Dalam ‘Ops Sapu’ Di Alor Setar & Langkawi

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pelbagai warganegara dalam ‘Ops Sapu’ yang dijalankan di sekitar Alor Setar dan Pulau Langkawi.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata operasi di Alor Setar dijalankan di tiga lokasi berasingan pada 4.40 petang semalam.

Hasil operasi di Jalan Langgar, Jalan Menanti dan Shahab Perdana, tujuh lelaki Bangladesh, tiga lelaki Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia berumur antara 20 hingga 42 tahun ditahan, katanya.

Beliau berkata, wanita Indonesia yang ditahan di Shahab Perdana itu juga dipercayai telah menjalankan kegiatan tidak bermoral di bilik yang disewanya.


Dalam operasi di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi itu pula katanya, tujuh lelaki Myanmar dan seorang lelaki Pakistan berumur 20 hingga 27 tahun ditahan dalam operasi pada 3.30 petang semalam itu.

Mohamad Yusri berkata kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini sebelum dipindahkan ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori