Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hanya 736 Taska Rumah...

MARAN - Masih ramai individu yang menjalankan perkhidmatan menjaga kanak-kanak di rumah di...

Kumpulan Bersenjata Di Gaza...

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta...

Bot Nelayan Dirompak Ditemukan...

ALOR SETAR - Sebuah bot nelayan milik rakyat tempatan bernilai RM1.5 juta yang...

6 Penumpang Kapal Persiaran...

KUALA LUMPUR - Keputusan ujian pengesanan COVID-19 yang dijalankan ke atas enam penumpang...

Imigresen Tahan 69 Warga Asing Di Balok

KUANTAN – Jabatan Imigresen Pahang menahan 69 warga asing dalam operasi di tiga kawasan perumahan di sekitar Balok di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Tinggi Imigresen, Mohd Rosli Mat Nun berkata operasi empat jam yang bermula pukul 1 pagi melibatkan 23 anggota penguatkuasa Imigresen Pahang dan 10 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.

“Seramai 200 warga asing diperiksa dalam operasi di Balok yang dipercayai menjadi penempatan mereka yang bekerja di kawasan sekitar Gebeng dan pelabuhan dengan menggunakan MyKad palsu.

“Seramai 67 warga Filipina iaitu 25 lelaki dan 21 wanita serta 21 kanak-kanak ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai dokumen dan menggunakan MyKad palsu,” katanya di sini, hari ini.


Mohd Rosli berkata turut ditahan seorang lelaki dan wanita warga Indonesia kerana menetap di sini melebih masa yang dibenarkan.

Beliau menambah mereka yang ditahan berusia antara satu dan 50 tahun itu kemudiannya dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Terengganu untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori