Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perogol Dibelasah Mangsa, Disumbat...

Rasakan.... Itulah padah yang diterima Johnathon Holmes, 35, yang bukannya mendapat keseronokan sebaliknya...

Malaysia Kurang Berminat Teruskan...

KUALA LUMPUR - Malaysia sudah kurang berminat untuk meneruskan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA),...

Polis Buru Pemandu Uber...

GEORGE TOWN - Polis sedang memburu seorang pemandu Uber yang didakwa merompak wang...

Jabatan Kesihatan Perak Terima...

BAGAN DATUK - Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengagihkan 48 unit ambulans baharu bernilai...

Inilah 6 Adi Wira Komik Marvel & DC Beragama Islam

TAHUKAH anda sebenarnya ada enam watak superhero atau adi wira dalam siri komik popular antarabangsa Marvel & DC yang memang sejak lahir azali Islam atau berstatus saudara baharu?

Para penggemar komik ini pasti tahu bahawa hero bukan setakat Superman, Iron Man atau Captain America. Masih terdapat ramai lagi pahlawan super yang dimiliki oleh Marvel & DC.

Dan kebelakangan ini, syarikat penerbit komik terkenal itu meneroka pelbagai latar belakang untuk menjadi adi wira. Ada yang datang dari Asia, berkulit hitam dan juga yang beragama Islam.

Jadi siapakah hero-hero Muslim yang dimaksudkan itu? MYNEWSHUB membawakan butirannya dalam laporan ringkas ini yang dipetik daripada portal antarabangsa kapanlagi.

Baca: Rahsia Kenapa Superman Pakai Seluar Dalam Di Luar Terdedah

Juga: NARUTO – Berakhir Selepas 17 Tahun ‘Menabur Bakti’

1. Sooraya Qadir alias Dust

Sooraya Qadir merupakan seorang ‘mutasi’ perempuan Muslim Sunni kelahiran Afghanistan. Ketika masih kecil, Sooraya dibantu oleh Wolverine dan Fantomex. Mereka menyelamatkan Sooraya ketika dia terpisah dari ibunya.

Dia kemudian dihantar ke ibu pejabat X-Corps di India. Sooraya memiliki kuasa ‘super’ mengubah dirinya menjadi butiran pasir. Bahkan dia juga boleh mewujudkan badai pasir! Oleh itu, dia menggelarkan dirinya sebagai “Dust”.

Sooraya menyertai sekolah X-Men dan menetap di Xavier Institute for Higher Learning. Dia aktif sebagai anggota ‘New X-Men‘, iaitu kelompok mutasi yang terdiri daripada pelajar-pelajar muda Xavier Institute tersebut.

Salah satu bukti bahawa Sooraya seorang Muslim ialah apabila dia berdoa kepada Allah sebelum “teleport” bersama teman-temannya ke Limbo. Pada masa itu, dia pernah ditawan oleh Belasco dan para penjahat.

Awalnya, dia merasa takut dengan para penjahat itu. Namun setelah melihat temannya tewas, dia terus berlawan dengan fikiran kalau dia mati syahid, maka Allah SWT akan bangga pada pengorbanan dirinya.

2. Josiah al hajj Saddiq

Josiah mewarisi kemampuan keluarga yang boleh menyesuaikan diri dengan ‘super soldier serum’, seperti Steve Roger atau Captain America. Dia menyertai pasukan Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan perang Vietnam.

Dalam komik Crew # 1, karya Christopher Priest, Joe Bennet, dia diceritakan bertemu agama Islam dan akhirnya peroleh tujuan hidup setelah menjadi Muslim. Padahal sebelum itu, dia membesar di rumah anak yatim Katholik.

Josiah kemudian dilaporkan menunaikan ibadah fardu haji. Bukan itu sahaja, Josiah juga menjadi seorang menteri hal ehwal komuniti muslim dan membina sebuah masjid di kawasan Little Mogadishu, Brooklyn.

3. Faiza Hussain

Faiza Hussain merupakan satu-satunya anak perempuan dari keluarga berketurunan Pakistan yang tinggal di Essex, London. Faiza bertugas sebagai doktor dan beliau gemar kepada superhero berbangsa Inggeris.

Pada satu hari, ketika sedang bertugas, berlaku peristiwa penawanan oleh Skrull sejenis makhluk asing. Kebetulan ketika merawat pesakit, Faiza terkena senjata laser milik Skrulll, yang kemudian memberinya kekuatan.

Keistimewaan tersebut dimanfaatkan oleh Faiza untuk membantu wira bernama Black Knight. Setelah berhasil mengalahkan Skrull, Faiza Husaain kemudian mendapat pedang sakti terkenal iaitu Excalibur.

Wanita Muslim ini lantas bergabung dengan MI-13, sebuah cabang pertubuhan perisikan Inggeris setaraf James Bond; dan atas jasanya, beliau kemudian dilantik menjadi pembantu kepada Black Knight.


4. Monica Chang

Monica Chang adalah ketua divisyen Artificial Intelligence atau kepintaran buatan manusia untuk sebuah organisasi bernama S.H.I.E.L.D – badan induk yang menaungi ramai adi wira Avengers.

Salah satu misi yang dijalankan oleh Monica adalah menyoal siasat Hank Pym iaitu pencipta adi wira terbaharu Ant-Man yang kemudian berjaya mengalahkan Ultron dengan cara penyebaran virus.

Namun setelah dikalahkan, Ultron menjadi Dimitrios, iaitu Artificial Intelligence yang ganas. Bersama Hank Pym, Monica membentuk pasukan untuk memburu Dimitrios yang melakukan jenayah siber di seluruh dunia.

Dalam komiknya, wanita Muslim AS ini di sebalik aksi ketangkasan dan kesibukan tugas, pernah dilakarkan menunaikan ibadat solat sebelum menjalankan misi yang ditetapkan ketuanya.

5. Kamala Khan alias Ms. Marvel

Anak bongsu dari sebuah keluarga AS- Pakistan di New Jersey, Kamala Khan mendapat superpower ketika pulang dari sebuah pesta, di mana dia tiba-tiba diselubungi Kabut Terrigen yang mengandungi zat mutasi.

Sejak itu, remaja Islam ini memiliki kekuatan gen bukan manusia antaranya dikenali sebagai shapeshifter (berubah bentuk), healing factor (kuasa penyembuh) dan elasticity (badan anjal).

Kamala memanfaatkan kekuatan baharunya untuk kebaikan, berdasarkan pengetahuan agama Islam dalam kalangan keluarganya. Dia akhirnya menggunakan nama Ms. Marvel sebagai identiti superheronya.

Ini kerana dia terlalu minat kepada Carol Danvers watak Ms. Marvel sebelum ini. Kamala menjadi superhero Muslim keluaran Marvel yang pertama untuk mempunyai komik solo sendiri tanpa berkongsi watak lain.

Sejak Februari 2014, dia mengambil alih sepenuhnya watak Ms. Marvel dengan secara rasmi.

6. Simon Baz alias Green Lantern

Simon Baz merupakan seorang pendatang dari keturunan Lubnan-AS yang tinggal di Dearborn, Detroit. Semasa berlaku krisis kewangan global, dia pernah terjerumus dalam jenayah curi kenderaan bermotor.

Dalam satu kejadian, dia mencuri trak berisi bom yang dipasang oleh pengganas. Keberanian Simon berjaya menggagalkan usaha pengganas, membuatnya terpilih menjadi ahli Green Lantern yang baharu.

Dia sekali gus menjadi watak asal AS dengan keturunan Timur Tengah yang pertama untuk menjadi anggota Green Lantern Corps. Simon Baz muncul untuk kali pertama dalam komik DC pada 2012 lalu.

Watak ini dihasilkan oleh Geoff Johns dan Doug Mahnke. Pihak DC Comics kemudian memasukkan Simon sebagai anggota Justice League of America (Avengers versi DC) pada 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori