Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Henti Bandingkan BF Korang...

SEJAK kisah layanan bak puteri yang diberikan Hafiz Mahamad terhadap kekasihnya menjadi viral...

Kumpulan Kompang Wanita Serikan...

MUAR - Kehadiran kumpulan kompang wanita daripada Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) pada...

Rampas Dadah RM2.4 Bilion...

PUTRAJAYA - Kejayaan besar polis dalam mematahkan cubaan penyeludupan dan pengedaran dadah di...

Serangan Udara AS Sasar...

WASHINGTON - Amerika Syarikat disertai Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan...

IS Didakwa Seludup Pengganas Ke Indonesia

JAKARTA – Pengarah Badan Antipengganas Kebangsaan (BNPT), Saud Usman Nasution memberitahu, kumpulan Negara Islam (IS) menggunakan jaringan penyeludupan manusia di rantau ini untuk membawa masuk pengganas ke Indonesia.

Dakwanya, kemungkinan anggota pengganas masuk ke negara itu melalui Malaysia dalam jumlah yang besar.

Saud berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS), ABC baru-baru ini.

Bagaimanapun, Saud memberitahu, pihaknya tidak mengetahui lokasi yang dituju anggota pengganas itu setibanya di Indonesia.

Katanya, BNPT sebelum ini mendapat maklumat IS bekerjasama dengan jaringan penyeludupan manusia untuk membawa masuk warga asing ke negara itu.

Tambahnya, warga asing itu masuk dari Malaysia dan menyeberang ke Sumatera sebelum pergi ke Poso di Sulawesi Tengah.


“Daripada maklumat yang kami terima, ada pergerakan besar-besaran warga asing dari Malaysia menuju ke Indonesia,” katanya.

Menurutnya, BNPT juga memantau warga Indonesia yang menyertai IS di Iraq dan Syria yang dijangka pulang kembali ke negara itu.

“Ancaman mereka sangat nyata dan banyak kumpulan radikal di Indonesia mahu membalas dendam terhadap Barat.

“Kami terus memantau lokasi yang berpotensi menjadi sasaran termasuk tempat tumpuan pelancong,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori